Thursday, December 15, 2016

Entri 1 2017 : Surirumah 2017


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Carian internet

Assalamualaikum,'

Sudah melepasi 15 hari di bulan Disember tahun 2016. Terasa tahun ini tidak banyak perkembangan positif yang saya dapat tunaikan. Malah azam tahun baru 2016 juga banyak yang tidak tercapai gara-gara perancangan Allah lebih hebat dari perancangan sendiri. Namun dalam apa jua keadaan saya masih bersyukur kerana masih diberikan kesempatan masa dan tenaga untuk terus berada di rumah bersama anak-anak.

Tahun ini saya melihat ramai kawan-kawan yang dulunya hanya surirumah biasa telah berjinak-jinak dengan perniagaan. Ramai yang memilih untuk keluar dari zon selesa ke zon sedikit huru-hara tetapi lumayan pulangannya (Insya Allah). Ada yang menggunakan kemahiran atau minat sebagai sumber untuk menjana pendapatan bagi diri sendiri. Contohnya seperti mengambil tempahan membuat kek, menjahit, membuat gubahan atau servis membuat hamper. Yang penting cuba fikirkan apa yang menjadi kesukaan dan hobi kita supaya kita tidak mudah merasa bosan atau mengalah dalam melakukannya.

Tak dinafikan kos sara hidup yang semakin meningkat juga membuatkan surirumah terpaksa membantu pasangan hidup dalam sama-sama mencari rezeki. Tetapi apa yang bagusya buat mereka adalah waktu kerja yang fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana komitmen dengan syarikat atau majikan. Seharusnya suami zaman sekarang dapat membantu menyediakan satu ruang untuk isteri seperti mini pejabat atau stor simpanan barang agar dapat memudahkan isteri dalam melakukan atau menyelesaikan tugasan. Alhamdulillah, suami saya banyak membantu dari segi sumbangan modal dan tenaga :) Oleh kerana tahun ini saya terikat dengan menjaga anak kecil, aktiviti mengambil stok dan menghantar barang banyak dilakukan pada hujung minggu sahaja. Suami banyak menjadi pemandu dan penjaga anak sementara saya menyelesaikan urusan.

Semoga tahun hadapan 2017 akan lebih memberikan peluang dan ruang buat surirumah agar dapat berniaga dari rumah. Sebenarnya kerajaan juga banyak menyediakan latihan dan bantuan dari segi kewangan dan tenaga pengajar cuma kita perlu bijak memilih dan mengaturkan masa. Insya Allah, saya juga sekiranya diizinkan Allah mahu memperbaiki lagi perniagaan dan memantapkan ilmu dengan menghadiri kelas-kelas ilmu yang disediakan. Untuk berjaya kita juga harus berkorban wang dan masa. Yang penting kena sentiasa muhasabah diri dan melihat kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi untuk diri sendiri. Walaupun jalan atau pilihan hidup setiap surirumah yang bekerja di rumah tidak sama tetapi sekurang-kurangnya matlamat kita semua satu sahaja iaitu ingin menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja.

Kalian boleh dapatkan pakej ebook Inspirasi Bekerja Di Rumah ini sebagai bahan ilmiah dan selami kisah-kisah surirumah yang telah berjaya menguruskan keluarga dan perniagaan hanya dari rumah sahaja. Antaranya kisah surirumah yang menjual buku agama yang diimport dari luar negara. Beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan selepas kematian anak pertama.

Cabaran.

Cabaran paling sukar dalam perniagaan buku yang diimport ialah apabila kadar pertukaran wang asing yang menjadi semakin mahal pada masa kini.
Kami tidak boleh sewenangnya menikmati keuntungan yang kami perolehi kerana sebahagian besarnya perlu menjadi modal untuk mengimport stok baru pula memandangkan permintaan sentiasa ada.
Tambahan lagi, walaupun lebih nilai modal dilaburkan, tetapi kuantiti buku yang boleh dibeli jauh lebih sedikit dari yang kami import semasa awal perniagaan kami pada tahun 2011 dahulu.
Antara kepuasan yang saya dapat dalam perniagaan saya ialah apabila dapat berkongsi rezeki bersama orang lain dengan menawarkan peluang dropship.
Manakala pencapaian yang paling membanggakan bagi saya ialah apabila agen dropship yang memulakan perniagaan dengan hanya menjual produk saya, kini telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan lebih baik dari saya.
Walaupun ia pencapaian orang lain dan bukan pencapaian saya sendiri, tetapi amat bermakna buat saya dan saya tumpang bangga kerana kejayaan itu berasal dari satu peluang yang saya berikan padanya dengan izin Tuhan.
Mukasurat 51
Saya tahu bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang kita tidak biasa. Sebagai contoh, dari tidak tahu berniaga atau malu-malu kepada menjadi seorang yang peramah dan sentiasa bercakap. Tapi yakinlah, selagi kita tidak berubah selagi itu keadaan ekonomi atau diri kita juga tidak akan ke mana. Saat ini tidak guna untuk mengeluh atau meratapi keadaan diri lagi. Jadikan tahun 2017 sebagai tahun untuk keluar dari zon selesa dan sama-sama memperbaiki diri. Perlahan atau cepat kita sendiri yang menentukannya kerana ini bukan keretapi orang lain tetapi keretapi kita :)

Bagi kawan-kawan yang mahu mendapatkan pakej ebook ini boleh terus Whats App saya di 012-970 6828. Terima kasih dan sehingga bertemu lagi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...