Tuesday, December 13, 2016

Pakej Ebook Disember : Inspirasi Bekerja Di Rumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Himpunan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Assalamualaikum,

Disember sudah memasuki tirai penghujung tahun 2016. Pantasnya masa berlalu sehingga saya sendiri terkejut dengan trafik blog ini. Masya Allah, walaupun telah diabaikan beberapa bulan tetapi trafik blog tetap konsisten dengan beribu trafik setiap hari. Alhamdulillah dan terima kasih kepada pembaca semua. Saya agak blog ini "hidup" kerana menumpang atas nama jaringan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Setelah bertapak lebih dari 3 tahun, rasanya ABDR sudah mencapai melebihi 1000 penyertaan dan sudah semestinya lebih dari 1000 blog tersenarai di dalam rangkaian ini.

Syabas buat puan pengasas Masayu Ahmad yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memberikan inspirasi buat mereka yang bekerja di rumah (termasuklah saya juga). Selari dengan itu terbitnya juga pakej bulan ini "Inspirasi Bekerja Di Rumah". Di dalam pakej ini, ianya menghimpunkan lebih dari 20 kisah suka duka perkongsian ibu-ibu yang sudah melepaskan jawatan dan berjaya mengharungi saat sukar dalam kehidupan yang mereka pilih. Kebanyakannya ada yang terpaksa memilih untuk mendahulukan keluarga atas sebab-sebab tertentu. Pastinya pelbagai halangan dan dugaan yang akan menyusul tapi bagaimana mereka berjaya mengharungi semua itu?

Setelah hampir 4 tahun meninggalkan alam kerjaya, sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk bekerja kembali. Namun sesekali ada juga merasa tekanan apabila rasa penat dan huru-hara akibat tidak dapat menyusun jadual dengan betul. Maklumlah menguruskan enam orang anak-anak yang masih kecil memang memerlukan kekuatan fizikal dan emosi yang tinggi. Kadang-kadang sampai menangis kepenatan pun ada. Tapi, jauh di sudut hati saya tidak mungkin akan saya kembali bekerja kerana walaupun penat tapi satu kepuasan dalam diri itu sentiasa ada. Iyalah, tidak perlu terkejar-kejar untuk ke pejabat dan masa untuk saya berniaga pun sangat fleksibel. Kadang-kadang saya akan angkut semua anak pergi mengambil stok dan pos barang. Alhamdulillah Allah sentiasa mudahkan kerja saya.

Kenapa anda semua wajib membaca pakej inspirasi bekerja di rumah ini? Jawapannya kerana kisah kehidupan kita berbeza-beza. Yang pasti kita sentiasa diberi pilihan untuk menentukan jalan kehidupan kita. Jika mahu berkarya atau bekerja di rumah, seharusnya kita juga mengikut contoh mereka yang telah berjaya. Dalam kisah 10 orang surirumah yang bekerja di rumah, ada yang meninggalkan kerjaya kerana mahu menumpukan tumpuan untuk anak-anak, ada yang berjaya membuka bisnes sendiri, pelbagai kisah suka duka kehidupan yang bakal membuatkan diri terinsprasi dengan ketabahan mereka. Bagaimana mereka menyelesaikan pelbagai halangan dan terus mara mengorak langkah tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

Berita baiknya pada harga RM30 anda dapat membaca 2 ebook ini. Jika berminat, boleh Whats App email anda ke 012-970 6828 atau terus nyatakan mahu mendapatkan ebook PAKEJ DISEMBER INSPIRASI BEKERJA DI RUMAH sekarang juga :)

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan semangat yang baru sempena tahun baru 2017 untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman di sini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...