Wednesday, December 31, 2014

Azam Baru Seorang Surirumah

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber internet

Assalamualaikum,

Tak sangka sekejap sahaja masa berlalu. Kini 2014 bakal meninggalkan kita. Sudah pasti ramai yang akan bertanya "Apa azam baru tahun 2015?" dan tak lupa juga yang akan bertanya seperti gambar di bawah ini :

Seingat saya azam saya tahun 2014 adalah untuk lebih aktif berniaga mencari sumber pendapatan kedua selain mengharapkan gaji suami. Alhamdulillah, saya kira, walaupun suami tidak bergantung 100% dari duit perniagaan saya tetapi banyak juga yang telah saya sumbangkan kepada keluarga. Hasil daripada memasuki kelas menguruskan akaun bagi WAHM yang telah dijalankan secara online oleh Akademi Bekerja Dari Rumah pada bulan Januari 2014, saya telah mula merekod segala urusniaga wang masuk perniagaan saya. Walaupun hanya berniaga secara kecil-kecilan tetapi ianya banyak membantu saya dalam menguruskan kewangan dan meletakkan sasaran jualan produk.

Namun begitu bulan Mac saya diuji dengan komputer riba yang saya gunakan hampir 5 tahun rosak pula. Setelah membeli komputer baru jenama ASUS sekali lagi saya diduga kerana rosak tiba-tiba. Sebulan juga saya lumpuh dan tidak bersemangat. Akhirnya, suami meminjamkan duitnya untuk membelikan saya komputer riba yang baru. Kali ini jenama Acer pula. Episod dugaan demi dugaan sentiasa bersilih ganti lagi, selepas itu saya kehilangan 2 telefon pintar saya dalam kes kecurian di rumah mak di kampung. Selalunya saya gunakan dua-dua telefon tersebut untuk menjawab pertanyaan pelanggan dan mempromosikan produk tapi sudah tidak ada rezeki saya, telefon jenama Samsung S5 saya hanya sempat guna hanya beberapa bulan sahaja :(

Alhamdulillah, dengan hasil duit berniaga yang dikumpul sedikit demi sedikit, saya bangkit balik dengan membeli telefon baru. Bulan Oktober 2012 saya merekod kembali urusniaga saya dan pantasnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari ini sudah menginjak ke penghujung 2014. Pelbagai pengalaman pahit manis dalam berniaga telah saya tempuhi tapi apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan otai perniagaan yang lain. Namun begitu, saya bersyukur kerana berniaga banyak merubah diri saya dan tanggapan saya pada Allah. Tak sangka, apabila merekodkan segala urusan, rupa-rupanya jadual kerja kita akan menjadi lebih mudah dan tersusun.

Untuk azam tahun 2015 pula, saya telah tulis dengan lebih spesifik lagi. Kalau dulu hanya main agak-agak sahaja seperti gambar di bawah ini tetapi tahun 2015 mahu secara terperinci lagi.


Saya mahu kongsikan azam tahun 2015 saya mahu pendapatan bersih RM2,000.00 setiap bulan. Ini adalah yang wajib saya dapat kerana dari situ saya telah agih-agihkan kepada tabung masing-masing seperti mahu masukkan sebanyak RM100 untuk setiap anak-anak, mahu bayar hutang PTPTN, mahu beri duit kepada mak ayah dan pelbagai lagi. Ini yang wajib saya laksanakan setiap bulan, selagi belum tercapai maka saya perlu berusaha dengan lebih kuat lagi.

Selain dari meletakkan sasaran berapa pendapatan yang saya mahu, kena ada juga sasaran bagaimana harus mencapai target tu. Bukan mudah tapi mengikut pengalaman saya yang lepas, bekerja dengan ada perancangan adalah lebih baik daripada bekerja membuta tuli begitu sahaja.

Panjang pula saya membebel di sini ya. Itu hanya sebahagian dari azam saya. Dari segi pendapatan itu seminimum yang saya mahu dapatkan setiap bulan. Dari segi rohani pun ada juga cuma malu untuk kongsikan di sini. Biarlah antara saya dan Allah sahaja cuma satu saya mahu kongsikan antara amalan yang menjadi penarik rezeki adalah solat sunat dhuha, tahajud dan sedekah. Mungkin memperbanyakkan amalan tersebut dapat membantu kita untuk memajukan lagi perniagaan yang ada. Siapa dah cuba dia yang tahu :)

Kelas asa blog & fanpage akan berjalan seperti biasa dan insya Allah saya mahu lebih aktif menjalankan kelas secara offline juga. Harapan saya semoga tahun 2015 ini akan ada lebih ramai lagi surirumah yang berpendapatan dan boleh meninggalkan kerjaya untuk terus bersama anak-anak di rumah. Insya Allah. Hubungi saya untuk sesi kelas melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
No telefon : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Selamat Tahun Baru 2015 dan selamat merancang :)

Monday, November 24, 2014

Perbezaan Sebelum & Selepas Menjadi WAHM

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri setelah hampir 6 tahun menceburi bidang perniagaan online ini. Saya mula berniaga online dengan menjual tudung dan kain ela bermula dari tahun 2009 lagi apabila saya mula berjinak dengan dunia blog. Berbekalkan minat, saya belajar membina sebuah blog menggunakan platform Blogger.com bergurukan kepada internet. Masa itu, saya juga masih bekerja dan berniaga online saya lakukan pada tengah malam ataupun pada hari cuti hujung minggu. Bayangkan, setiap hari saya tidur dalam pukul 2 pagi untuk menyiapkan blog dan pada masa itu tiada telefon pintar atau aplikasi yang serba canggih untuk membantu memudahkan kerja saya. Jika ambil gambar produk dari kamera, nak kena pindahkan masuk ke komputer riba dan edit masukkan dalam blog. Jadi, sudah tentu banyak masa saya dihabiskan di situ.


Saya juga aktif berniaga secara offline juga. Waktu itu, anak masih 2 orang dan suami sentiasa memberikan sokongan kepada saya. Setiap hujung minggu, saya akan menyertai jualan bazaar-bazaar yang terdapat sekitar kediaman saya. Suami akan menjaga anak-anak di rumah dan saya akan keluar berniaga bersama kawan-kawan seperjuangan. Pelbagai pahit manis dalam berniaga telah saya tempuhi dan sudah pastinya ianya sangat berharga buat diri ini. Antara kenangan manis adalah dapat berjualan di Pesta Buku Antarabangsa 2010 dan menjual di bazar Ramadhan di Pusat beli-belah The Summit, USJ. Antara pengalaman pahit pula ditipu penganjur dan masalah kekurangan tenaga pekerja. Alhamdulillah, pengalaman mematangkan kita. Tak dinafikan berniaga secara offline ini memang memenatkan mental dan fizikal kerana awal-awal pagi sudah harus keluar menuju ke tempat berniaga dan seharian suntuk akan berada di sana demi menjual produk saya. Syukur saya hanya melakukannya pada hujung minggu sahaja, kalau tidak boleh bayangkan betapa penatnya saya nanti.


Selepas bersalin anak ke 3 saya sudah berhenti sekejap berniaga untuk lebih fokus kepada kerjaya. Saya bekerja di dalam sebuah syarikat kontraktor bumiputera dan pada waktu itu sangat sibuk dengan beberapa projek yang baru diperolehi oleh syarikat tempat saya bekerja. Ditambah dengan anak-anak yang selalu sakit dan masuk hospital, saya mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari berniaga. Semasa masih berkerja, tak dinafikan saya kurang fokus dan banyak main-main. Saya tiada target bulanan yang harus saya capai kerana saya tahu setiap bulan saya akan dapat gaji bulanan hasil dari bekerja. Berniaga pada waktu itu lebih kepada mahu cari "duit poket" sahaja. Saya juga berniaga seorang diri tanpa ada sifu atau kumpulan sokongan yang boleh membantu saya sekiranya saya menghadapi masalah atau kemurungan. Saya masih ingat lagi awal bulan Januari 2011 saya kehilangan teman baik saya yang banyak memberikan sokongan kepada saya dalam berniaga. Waktu itu saya memang tidak ada semangat langsung untuk berniaga.


Tahun 2012, saya mengandung anak ke 4 dan pada tahun tersebut juga saya telah melepaskan kerjaya demi untuk menjaga sendiri anak-anak. Alhamdulillah, suami tidak menghalang malah memberikan galakan supaya saya meneruskan balik apa yang telah saya mulakan dulu iaitu berniaga secara online. Sejujurnya saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa ada perancangan langsung. Alhamdulillah, dengan zaman serba canggih ini saya banyak dibantu oleh kawan-kawan alam maya yang mempunyai minat yang sama seperti saya seperti berniaga secara online. Dari sini saya mengenali apa itu "Malaysian Work at Home (WAHM) Community" dan banyak lagi. Saya baru sedar yang rupanya sudah ramai ibu yang melepaskan kerjaya profesional mereka demi untuk berada di rumah bersama anak-anak. Di awal tahun pertama, saya banyak belajar untuk menyimpan hasil duit perniagaan online saya. Walaupun sekadar mendapat RM5 hasil dari menjadi ejen dropship produk, saya simpan dan pada hujung bulan saya cukup terkejut dengan jumlah yang saya kumpulkan itu. Dari situ, saya belajar untuk membayar bil internet saya sendiri.


Sekarang ini sudah lebih 2 tahun saya berada di rumah bersama anak-anak. Jadual kerja sudah semakin mendapat "rentak" dan saya akui pemikiran saya juga sudah banyak berubah. Jika sebelum ini, saya tidak menitikberatkan rekod kira-kira duit masuk dan duit keluar hasil dari berniaga tapi sekarang saya sudah mempunyai rekod akaun mengikut bulan dan setiap sen duit yang masuk atau keluar saya akan catat. Ini semua hasil selepas memasuki kelas urus akaun untuk WAHM secara online dimana timbul kesedaran di dalam diri untuk merekod dan menguruskan duit perniagaan dengan baik. Alhamdulillah, banyak yang saya belajar dan rupa-rupanya kemahiran dan pengalaman sewaktu bekerja dahulu banyak membantu saya dalam melancarkan rekod dan kiraan untung rugi. Tapi saya hanya kira mengikut pemahaman saya dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki lagi.

Yang pasti, saya sendiri juga sudah banyak berubah. Kalau dulu selalu rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri kerana selalu membanding-bandingkan diri dengan kawan-kawan yang berjaya dalam kerjaya pilihan mereka tapi sekarang ini saya rasa lebih santai dan tidak tertekan sangat dengan pandangan orang luar terhadap kerjaya saya iaitu surirumah. Yang penting, saya tahu apa yang saya buat dan suami sentiasa memahami dan memberikan sokongan kepada saya. Alhamdulillah, jujur saya katakan sejak anak-anak berada di bawah jagaan saya, kadar kekerapan mengunjungi klinik dan hospital juga sudah berkurangan. Walaupun masih ada banyak kekurangan pada diri ini terutamanya dalam menguruskan anak-anak, tapi saya rasa puas hati kerana makan pakai mereka masih terjaga.

Apa yang saya nampak, menjadi WAHM ini banyak merubah diri saya menjadi seorang yang positif dan lebih teratur dalam menguruskan masa. Jika dulu sewaktu masih bekerja, saya banyak main-main dan duit perniagaan selalunya habis setiapkali saya mendapat jualan. Tapi kali ini, saya lebih berhati-hati dalam menguruskan duit masuk kerana perlu membayar segala perbelanjaan seperti bil internet dan telefon yang saya gunakan untuk berbisnes. Selain itu, saya juga cukup teruja kerana dapat menyediakan ruang SOHO yang menjadi idaman saya sebelum berhenti kerja lagi. Duit yang saya dapat hasil dari berniaga saya kumpul dan rancang seeloknya untuk membina SOHO yang fleksibel untuk saya. Alhamdulillah, semalam suami baru aje siap bantu saya memasang rak di ruang SOHO untuk saya simpan segala rekod kerja saya.

Bukan apa, bila bekerja bersama anak-anak kecil memang agak mencabar terutamanya barang kita yang sentiasa akan diusik oleh mereka. Mula-mula memang rasa nak marah tapi sebenarnya salah saya juga yang tidak merancang dan meletakkan barang kerja saya dengan sebetulnya. Jadi, sedikit demi sedikit saya mula kumpul dan beli barangan untuk ruang SOHO saya di Ikea dan buat masa sekarang ini hasilnya seperti di dalam gambar di bawah :


Sekarang ini saya juga suka meluangkan masa membaca buku-buku motivasi atau ilmiah untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang ada juga membaca novel dan yang pasti sekarang ini saya akan cuba untuk menambahkan ilmu dan belajar dari mereka yang sudah berjaya. Melalui pemerhatian saya, mereka yang berjaya adalah dari kalangan orang yang suka membaca dan sentiasa belajar. Tidak kira lah apa jua bidang atau kelulusan yang mereka dapat. Insya Allah, sekarang ini pun saya dalam proses mengajak dan mengajar anak-anak supaya cintakan ilmu juga kerana ibubapa adalah contoh yang paling dekat dengan anak-anak.

Saya berharap tahun 2015 nanti saya akan lebih tersusun dan merancang perjalanan bisnes saya dengan lebih baik. Insya Allah saya juga mahu lebih aktif berkongsi dan mengajar secara offline supaya lebih ramai kaum surirumah dapat belajar untuk mencari pendapatan sendiri dan berasa seronok untuk tinggal di rumah bersama anak-anak.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Thursday, November 20, 2014

Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) & Beriklan Di Laman Mudah.my / Instagram Secara Offline


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Sudah agak lama saya tidak bersiaran. Ampun ya, masih bergelut untuk menguruskan anak-anak dan bisnes dalam satu masa. Tambahan pula suami kerapkali ke luar negara atas urusan kerja banyak membantutkan usaha saya untuk sentiasa mengemaskini blog.

Alhamdulillah, hari ini bagaikan ada satu semangat yang kembali meresap ke dalam jiwa. Syukur Allah telah berikan saya satu "tamparan manja" yang telah membuatkan saya tersedar dari tidur. Cukup-cukuplah berhibernasi, sudah tiba masanya untuk saya kembali aktif berblog dan memberikan tips mahupun panduan dalam berbisnes online. Terima kasih pada mereka yang mengikuti blog ini dan menghantar e-mel mahupun menegur saya secara persendirian di ruangan facebook bertanyakan soalan. Saya cukup hargainya.

Langkah pertama saya untuk terus kembali aktif untuk menolong ibu-ibu surirumah mahupun suri bekerja yang ada niat untuk berhenti kerja dan berada di rumah adalah dengan mengadakan kelas secara offline. Cara ini lebih berkesan kerana saya dapat mengajar dan membantu anda menyiapkan sebuah blog & fanpage hanya dalam masa sehari juga. Kelas ini istimewa kerana saya akan ajar juga bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan laman Mudah.my & Instagram sebagai satu cara untuk memasarkan produk anda. Nota & minuman juga akan disediakan.

Bagi yang berminat, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828

Setiap sesi saya hadkan seramai 3 orang supaya saya dapat memberikan tumpuan dan menyiapkan sebuah blog dan fanpage pada hari itu juga. Setiap pelajar diminta untuk membawa laptop sendiri dan wifi akan disediakan.

Friday, November 14, 2014

Kepuasan Dalam Perniagaan

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi di ambil dari laman fanpage Barangan Parti Harijadi

Alhamdulillah, sudah agak lama saya tidak menulis blog. Mungkin kerana kesibukan yang melanda dicampur dengan virus M membuatkan lebih lama blog itu tidak terusik. Tapi entri terakhir yang mempromosikan fanpage dan bisnes barangan parti harijadi sangat-sangat membantu saya dikenali oleh pelanggan.
Syukur ya Allah setiap minggu ada sahaja tempahan dan saya sangat gembira untuk menjual barangan parti harijadi kerana saya juga seorang ibu dan pernah melalui saat-saat bersengkang mata mencari barang parti dan tema yang sesuai untuk majlis anak-anak saya. Ada 3 kisah yang saya ingin kongsikan di sini. Saya berniaga bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata tapi dengan harapan dapat membahagiakan orang lain.
Kisah 1 : Mendapat tempahan 80pcs set alat tulis bertemakan Elmo Sesame Street dari Limbang Sarawak. Seorang ibu muda yang mempunyai anak authisme. Puas saya usahakan mencari tema Elmo tetapi kebanyakan kedai tidak ada stok kerana tema ini sangat jarang "dicari" oleh pelanggan. Jika mahu keluarkan stok baru kena tempah 15, 000 set alat tulis baru kilang akan keluarkan set yang baru. Jadi, saya terpaksa menukarkan kepada tema yang pelbagai. Mujur pelanggan dapat terima alasan dan alhamdulillah set barangan parti sudah selamat sampai di Pejabat Pos Limbang Isnin yang lepas 
Kisah 2 : Seorang ibu yang ingin mengadakan majlis harijadi bertemakan Frozen tetapi beliau berada di Qatar. Kami berurusan dengan email dan melaluinya saya mendapat tahu yang suaminya akan turun ke Kuala Lumpur untuk kursus selama seminggu. Ahad yang lepas, dibantu oleh suami yang senantiasa menjadi "runner" saya yangs etia, kami menghantar barangan tersebut nun jauh di Ukay Perdana dan hampir putus asa kerana pelbagai dugaan dan halangan yang menimpa seperti tersalah jalan (tipikal saya walaupun menggunakan "wayze" masih tak reti nak baca jalan) & anak-anak yang kelaparan. Akhirnya, Allah permudahkan dan barangan selamat diberikan kepada pelanggan dan sudah pun terbang ke Qatar menemui empunya yang membeli.
Kisah 3 : Seorang ibu muda yang membuat persiapan saat akhir menemui blog dan no telefon saya di carian google. Saya masih ingat lagi beliau menempah belon dan topi Frozen. Ikutkan hati saya tak suka mengambil tempahan "last minute" macam ini tetapi kebetulan waktu itu saya sedang mengambil stok. Jadi, selepas beliau membuat bayaran awalnya saya berjanji untuk berjumpa di Shah Alam tetapi pada malam itu kami ke Cyberjaya. Syukur sangat-sangat sebab kebetulan pelanggan juga baru balik dari Kajang. Maka bertemulah kami di hadapan Restoran Saba' dan melakukan urusniaga di situ. Alhamdulillah, saya gembira apabila melihat gambar dari akaun Instagram pelanggan.


Inilah kepuasan dalam perniagaan yang sebenarnya. Bukan keuntungan yang dicari tapi lebih kepada melihat kepuasan dan pelanggan suka dengan produk / perkhidmatan yang kita berikan. Insya Allah, selagi mampu saya mahu merealisasikan dan membantu lebih ramai ibubapa yang sedang merancang untuk mengadakan majlis harijadi anak-anak mereka.
Ini sebenarnya nak bagitahu yang blog banyak membantu saya mempromosikan bisnes kecil-kecilan saya di laman Google. Pelanggan datang bukan dari Selangor malah dari luar negara pun ada. Dengan ilmu dan bantuan dari Allah, saya dapat berurusniaga dengan mereka. Alhamdulillah:)

Thursday, October 16, 2014

Rahsia Memikat Pelanggan

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Mahukah kalian tahu apakah rahsia untuk memikat pelanggan? Ramai di antara peniaga online yang berderu-deru masuk Whats App mahupun pertanyaan di inbox tetapi tiada satu pun yang tersangkut untuk membeli? Pasti pelik bukan? Sudah tentulah ada silapnya yang datang daripada kita sendiri. Alhamdulillah, sepanjang saya berniaga online secara kecil-kecilan ini sudah ramai yang mempercayai dan menggunakan khidmat saya terutamanya bagi mereka yang sedang mencari barangan parti harijadi.



Apakah rahsia untuk memikat hati pelanggan yang telah saya amalkan selama ini? Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman dan juga tips yang selalu saya amalkan semasa berurusan dengan mereka.

Rahsia 1 :

Pelanggan suka diraikan. Jadi apabila pelanggan bertanya, cepat-cepat balas dengan ucapan terima kasih atas usahanya untuk bertanyakan harga atau tentang produk kita. Selain itu, banyakkan menjawab dengan penuh senyuman (ikon senyuman kan ada :) walaupun hakikat sebenar kita sedang berperang dengan anak-anak. Inilah kelebihan berbisnes online di mana kita boleh menyembunyikan emosi di sebalik urusniaga. Jika pelanggan tidak mahu / jadi membeli, jangan lupa ucapkan terima kasih juga. Mana tahu, berkat kesabaran kita melayan karenah mereka akan tertarik untuk datang kembali.

Rahsia 2 :

Jadilah seorang yang profesional. Terus terang setiap hari pelbagai lapisan (jenis) manusia yang menghubungi saya bertanyakan tentang produk. Ada yang tua, muda, remaja, kanak-kanak 9 tahun pun ada! Jadi tidak semua bahasa yang mereka gunakan sama dengan kita. Selalunya warga tua suka menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) manakala yang muda lebih selesa dengan Whats App atau Telegram. Ada yang menggunakan bahasa yang ringkas (short form) sehinggakan saya sendiri tidak faham apa maksudnya. Jadi di sini, jadilah seorang peniaga yang profesional iaitu menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan jangan memarahi pelanggan sebaliknya meminta mereka menjelaskan kembali apa yang mereka mahu. Jangan sesekali marahkan atau menegur kesilapan mereka kerana ini boleh membuatkan pelanggan marah atau lari.

Rahsia 3 :

Pelanggan suka sekiranya kita memberikan harga yang istimewa atau barangan yang percuma. Ini boleh dilakukan dengan syarat pembelian haruslah melebihi RM200 ke atas (bergantung kepada produk). Kalau pelanggan hanya beli RM20 janganlah diberikan diskaun lagi. Sebagai peniaga juga harus bijak menguruskan harga supaya kita tidak menanggung kerugian hanya semata-mata mahu memuaskan hati pelanggan. Bagi pelanggan yang ulang tempahan, mungkin boleh berikan diskaun lagi untuk menggembirakan mereka.

Rahsia 4 :

Jangan melayan pertanyaan pelanggan sewaktu emosi tidak stabil. Seeloknya balas dahulu mengatakan yang kita sedang sibuk dan akan layan sebentar lagi. Seeloknya pergi makan dahulu atau selesaikan anak-anak atau uruskan apa yang sedang mengganggu fikiran kita dan kembali semula kepada pelanggan setelah emosi tenang. Keadaan perut yang lapar, anak-anak yang menagih perhatian boleh mengganggu emosi dan seterusnya boleh mencetus perasaan marah dan jawapan yang tidak elok kepada pelanggan.

Mahu tahu lebih rahsia lagi? Jom dapatkan ebook ini iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online di sini.


Sehingga bertemu lagi dan selamat memikat hati pelanggan :)

Assalamualaikum.

Wednesday, October 15, 2014

Jadikan Akademi Bekerja Dari Rumah Sebagai Platform Untuk Dikenali

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi dan internet

Assalamualaikum,

Pada penghujung bulan September 2014 saya di sapa oleh Pn Nettty di dalam facebook bertanyakan tentang mahukah kiranya kisah saya berniaga semasa hamil disiarkan di dalam ruangan kelolaan beliau iaitu di majalah Sri Dewi & Keluarga. Sudah tentu lah mahu bukan? Bukan selalu kita boleh tengok muka kita di dalam majalah kan? Terus saya menyatakan setuju dan menghantar pengalaman ragam hamil saya kepada puan Netty. Alhamdulillah, kisah saya sudah pun keluar di dalam majalah SDK edisi November di mana Irma Hasmie dan keluarga menjadi penghias muka depan majalah tersebut.


Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kisah saya boleh menarik perhatian wartawan majalah? Mungkin salah satu sebabnya adalah jaringan kawanan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sendiri. Pn Netty juga merupakan salah seorang teman saya di facebook dan beliau selalu melihat status dan update saya di dalamnya. Selain itu, saya juga selalu berkongsi pengalaman saya berniaga di dalam blog dan sudah tentulah kisah saya ini telah menarik perhatian puan Nettty. Walau apa pun, jutaan terima kasih saya ucapkan buat puan Netty dan editor majalah SDK kerana sudi menyiarkan kisah ragam hamil saya di dalam majalah ini. Tidak pernah terfikir pun untuk "masuk" majalah tetapi alhamdulillah Allah telah berikan saya jalan dan peluang apabila saya berada di dalam networking ABDR. Terima kasih juga kepada puan Masayu Ahmad yang pertama sekali memperkenalkan saya kepada puan Netty.


Saya harapkan kisah saya ini dapat memberikan sumber inspirasi buat semua bahawa walau apa jua keadaan fizikal kita samaada mengandung atau tidak, kaum wanita adalah lebih kuat dari segi mental. Kalau tidak masakan Allah memilih kita untuk menjadi seorang ibu di mana kita akan diberikan ujian mabuk semasa mengandung dan pelbagai kesakitan lagi semasa 9 bulan tempoh mengandung dan selepas melahirkan terpaksa pula melalui saat-saat berpantang yang begitu mencabar. Insya Allah, jika kita positif dan sentiasa memikirkan yang baik-baik, sudah tentu semuanya akan mudah bagi kita. Begitu juga dengan saya, jika diikutkan terlalu banyak dugaan semasa mengandung di mana air ketuban yang kurang dan saya juga selalu sakit (batuk semasa mengandung) tetapi alhamdulillah saya berjaya juga megharungi semua itu tanpa perlu rawatan lanjut. Apa yang penting adalah sikap kita perlu positif dan tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Akhir kata jangan jadikan alasan keadaan diri yang mengandung sebagai alasan untuk tidak melakukan kerja tetapi seeloknya cuba aktifkan diri dan insya Allah semua ini akan memberikan kesan yang baik kepada kita juga.

Bagi yang berminat untuk menyertai kelas asas blog & fanpage (bisnes & penulisan) di bawah bimbingan saya, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App : 012-3228651 / 012-9706828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga berjumpa lagi dan semoga dengan kisah ini akan menjadi permulaan yang baik untuk diri saya iaitu lebih dikenali dan dapat memberikan aura positif kepada lebih ramai lagi surirumah di luar sana. Insya Allah. Assalaualaikum.

Friday, October 10, 2014

Tips Mula Berniaga : Dapatkan Pada Harga Borong


gambar : peta untuk ke Plaza GM Klang

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Hari ini terpanggil untuk menulis satu lagi entri khas bagi mereka yang baru mahu memulakan perniagaan. Saya kongsikan di sini pengalaman saya sendiri bagaimana memulakan bisnes dengan hanya bermodalkan beberapa ratus sahaja.

Saya memang suka berniaga, malah sejak masih belajar di Universiti lagi saya sudah berniaga dengan menjual produk MLM. Tapi waktu itu hanya sekadar menolong kakak saya menjual produknya sahaja. Bila sudah bekerja, saya selalu juga menjual kain tudung di tempat kerja saya. Masa itu masih lagi menolong kakak ipar dan dapatlah juga komisen hasil dari jualan tersebut. Sehinggalah sampai satu masa, saya suarakan hasrat pada suami untuk berniaga di bazar pula. Suami sememangnya sentiasa menyokong saya dan dari situ saya mula tahu selok belok untuk berniaga.

Pada yang bersungguh-sungguh untuk memulakan perniagaan. Saya nasihatkan supaya mengeluarkan sejumlah wang dan cari pembekal yang boleh membekalkan produk pada harga borong. Saya ingin rekemenkan sebuah tempat pusat borong yang terkenal di Klang iaitu Plaza Borong GM Klang. Di sini ada pelbagai jenis barangan untuk dijual. Saya juga ada mengambil barang-barang jualan di sini. Alhamdulillah saya bersyukur juga kerana mengetahui akan kewujudan plaza ini dan yang bagusnya hanya 15 minit dari rumah saya. Kalau dah sampai sini memang rambang mata dan tak tahu mana satu yang mahu dibeli dan dijual.

Nasihat saya, fikirkan dahulu apa produk yang kita suka jual dan mudah untuk dijual. Apabila sudah tahu, cuba luangkan satu hari untuk mencari pengedar produk tersebut yang boleh memberikan harga terendah pada kita. Selalunya untuk mendapatkan harga borong kita diminta agar membeli minimum sekodi (dalam 20 helai) atau bergantung kepada kedai tersebut. Jadi, kena rajin bertanya dan lagi bagus jika dapat mengambil gambar produk tersebut. Apabila sudah ada pengedar, ambil nombor dan nama kedai dan ingat lokasi di mana kedai tersebut berada. Ini kerana di dalam Plaza GM Klang terdapat beratus-ratus kedai dan kemungkinan anda akan lupa di mana kedai tersebut sekiranya tidak mengambil langkah untuk mengambil nama kad bisnes kedai tersebut (pengalaman saya yang dulu).

Apabila sudah ada produk, bolehlah jual produk tersebut secara online mahupun secara offline sehingga habis. Ulangi langkah yang sama sekiranya mahu tambahkan stok. Kenapa perlunya mendapatkan harga borong adalah kerana keuntungan bagi setiap jualan adalah lebih tinggi berbanding sekiranya kita beli satu-satu. Akan tetapi kena buat kajian harga pasaran juga dan jangan sesekali meletakkan harga membabi buta tanpa mengetahui harga di pasaran berapa. Bab letak harga itu kena tanya pada yang pakar.

Selain di Plaza GM Klang, ada juga beberapa pusat borong yang terletak di Kuala Lumpur. Kalau tak silap saya di Jalan Kenanga. Di sini ada pelbagai jenis produk yang rata-ratanya dari China. Baju-baju dan tudung juga kebanyakannya datang dari Vietnam dan banyak lagi. Kena luangkan masa mencari dan membanding-bandingkan kualiti. Pendek kata, jika mahu berniaga bukannya terus ambil produk dan jual. Ada banyak lagi yang perlu dipelajari dan dibuat supaya kita dapat memaksimumkan keuntungan.

Oklah, setakat ini sahaja perkongsian mengenai pusat borong yang dapat saya cadangkan untuk mereka yang baru mahu mula berniaga. Untuk kembangkan perniagaan, gunakan blog dan fanpage sebagai medium pemasaran yang percuma. Berminat untuk belajar kelas asas blog & fanpage bersama saya, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
No telefon : 012-970 6828 / 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Friday, May 30, 2014

Bagaimana Mahu Menjadi Surirumah Luar Biasa


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber carian Google

Assalamualaikum,

Mahukah kalian menjadi surirumah jutawan? Sudah tentulah mahu bukan? Tetapi tidak ramai yang sanggup berusaha untuk menjadi ke arah itu. Saya sendiri masih jauh perjalanan untuk memegang gelaran surirumah jutawan. Sebenarnya tidak pernah terlintas pun untuk menjadi jutawan, cukuplah dengan rezeki yang Allah bagi sekarang ini iaitu dapat bersama dengan suami dan anak-anak di rumah.

Bersyukur dengan rezeki hari ini tidak bermakna saya hanya berdiam diri sahaja. Sudah tentulah ada perancangan dan target juga. Bersyukur tidak bermakna saya tidak boleh tamak. Tamak juga tidak bermakna saya harus mengenepikan keluarga untuk mengejar cita-cita. Yang penting, biar seiring dengan matlamat kita sebagai seorang surirumah iaitu terus bersama dengan keluarga tercinta sambil menikmati pendapatan bulanan.

Ramai yang suka mengajukan soalan kepada saya "Bagaimana mahu mendapatkan pendapatan yang konsisten setiap bulan?". Ini nasihat saya bagi mereka yang baru bermula :

1) Restu suami penting, kalau suami tak bagi berniaga tak payahlah buat sebab nanti akan sia-sia juga

2) Lakukan kerana minat bukan kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, apabila minat kita sanggup lakukan apa sahaja

3) Cari mentor / sifu kerana kalau buat sendiri risau nanti tak dapat apa yang dicari hingga akhirnya menemui jalan buntu

4) Istikomah dalam apa yang dilakukan. Jangan ingat nak berjaya itu jalannya lurus sahaja, kena bersedia hadapi tohmahan dan pandangan orang lain termasuk ahli keluarga juga

5) Gunakan modal serendah mungkin, jangan bebankan suami dengan pinjaman peribadi untuk memulakan perniagaan yang kita sendiri tidak tahu mana hala tujunya. Berniaga sama seperti belajar, biar sikit-sikit inputnya janji berterusan


Yang penting ada niat untuk berubah, bila ada niat perlu ada tindakan segera juga, jangan setiap hari berniat untuk kaya tetapi tiada tindakan susulan. Tidak kiralah cepat atau lambat hasil yang akan dapat. Insya Allah, jika kita berusaha secara berterusan, Allah pasti akan berikan ganjaran setimpal dengan usaha kita.

Buat surirumah, sekarang ini Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sedang melancarkan projek duit raya iaitu dengan menjual pelbagai pilihan pakej khas buat mereka yang ingin mengadakan rumah terbuka atau majlis berbuka. Antara produk yang ditawarkan adalah pes nasi arab, serunding daging, ayam dan ikan, oat choco dan kismis. Untuk menyertai projek ini hanya perlu membayar yuran komitmen sebanyak RM150 dan anda akan dilatih untuk menjual melalui blog dan fanpage dan segala urusan penghantaran akan dibuat oleh pihak pengurusan ABDR. Mudah bukan? Tak perlu susah-susah memikirkan modal untuk membeli produk. Hanya lakukan promosi dan nikmati komisen sahaja.

Insya Allah, komisen yang sikit jika dikumpul akan menjadi bukit. Jika berminat, boleh PM saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Wednesday, May 28, 2014

Berniaga Adalah Satu Proses Pembelajaran

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Bulan Mei ini merupakan bulan yang paling sibuk dalam hidup saya. Agak huru-hara sedikit dengan perniagaan kecil-kecilan yang saya mulakan April lepas. Saya gelarkannya "Projek Duit Raya". Alhamdulillah, tidak disangka-sangka ianya mendapat sambutan daripada ramai surirumah mahupun suri bekerja yang menyertai projek mini ini. Semuanya atas dasar mahu mencari "duit poket" lebih untuk digunakan pada hari raya nanti. Insya Allah, semoga Allah permudahkan segala urusan.

Sebenarnya sudah lama saya tidak melakukan urusan menjual secara serius. Sebelum ini saya lebih selesa menjadi ejen dropship sahaja. Tetapi kali ini, saya cabar diri saya untuk melakukan jualan produk fizikal untuk menambah sumber pendapatan saya. Memang berbeza sangat-sangat apabila kita melakukan jualan fizikal dan digital ini. Yang pasti, menjual produk fizikal memerlukan tenaga fizikal dan mental yang kuat. Berbanding dengan produk digital yang hanya kadang-kadang memerlukan kita untuk melatih jari-jemari menaip sahaja :)

Bagaimanapun, semua ini saya anggap sebagai cabaran dan pengalaman yang terindah sebagai seorang peniaga. Tak dinafikan, memang saya penat melayan karenah ejen dan pelanggan yang pelbagai, tetapi dari situ saya sentiasa mendapat pengalaman dan kemahiran yang baru. Sebagai contoh urusan penghantaran, setiapkali melakukan urusan penghantaran mesti akan ada pelbagai jenis kos yang berbeza-beza mengikut berat barang yang mahu dihantar. Jadi, dari situ, saya mula merekod segala data dan menjadikannya sebagai rujukan untuk proses penghantaran yang akan datang.


Saya juga sentiasa mencari alternatif yang murah dan menjimatkan pelanggan. Sebab itu, jangan pelik sekiranya perkhidmatan yang digunakan adalah sentiasa berbeza-beza mengikut berat. Ada yang menggunakan Poslaju, plastik poslaju prabayar, Citylink dan Gdex. Yang penting, semua ini adalah untuk memudahkan saya dan juga pelanggan.


Melalui berniaga saya juga faham betapa pentingnya perancangan dalam menguruskan stok. Bagaimana mahu memastikan stok sentiasa ada dan menguruskan pembayaran untuk proses pembelian stok baru. Alhamdulillah, walaupun telah lama berniaga tetapi tahun ini yang saya betul-betul mahu merekod dan mencatatkan segala duit masuk dan duit keluar. Berkat memasuki kelas urus akaun WAHM pada bulan Februari yang lepas.

Jika dahulu berniaga hanya sekadar untuk menambah duit poket tetapi kali ini saya ingin lebih dari itu. Saya mahu berniaga untuk membantu orang lain dan juga membayar hutang pinjaman pendidikan saya. Lagipun, sudah tiba masanya untuk fokus dalam apa yang saya buat. Insya Allah, doakan saya supaya berjaya menjadi surirumah yang berjaya di dalam perniagaan agar dapat menjadi contoh kepada surirumah yang lain.

Bagi mereka yang baru bermula, saya nasihatkan supaya menghadiri kelas urus akaun secara offline mahupun online yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi mengesan ketirisan dan ke mana hilangnya duit perniagaan kita. Berikut adalah maklumat untuk kelas urus akaun offline yang akan datang :

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5.30ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Tuesday, May 20, 2014

Tips Bagaimana Untuk Menaikkan Jualan Produk Melalui Dalam Talian (Online)


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Sumber carian google & koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsikan tentang tips untuk menaikkan jualan produk melalui dalam talian atau lebih dikenali dengan online.

1) Gunakan Pengaruh Laman Sosial Untuk Beriklan


Antara laman yang begitu popular pada zaman ini adalah seperti Facebook, Instagram, Mudah.my dan Twitter. Ini kerana ramai orang boleh membukanya hanya dengan menggunakan telefon sahaja dan tidak perlu membuka dari komputer riba atau komputer peribadi. Laman sosial ini begitu pantas kesan sebarannya di tambah pula dengan meletakkan hashtag atau simbol # sebagai "trending" di internet.

Blog pula sangat bagus untuk menaikkan jualan melalui carian di dalam Google mahupun enjin carian yang lain seperti Bing, Yahoo dan banyak lagi.


Salah seorang pelanggan yang membuat tempahan blog melalui saya. Singgah di blog ini : Hijrah Halal Produk Muslim

2) Bina Rangkaian Ejen Pengedar Seluruh Malaysia

Mulakan dengan mencari ejen-ejen pengedar yang berminat untuk memasarkan produk kita. Sudah tentulah kerja yang dilakukan secara jemaah akan memudahkan kita. Ejen-ejen berfungsi sebagai iklan bergerak yang akan menjual produk secara online mahupun offline.

3) Kumpul Seberapa Banyak Testimoni Pelanggan

Selalunya pelanggan akan membeli berdasarkan dari pengaruh kawan-kawan atau bila melihat gambar perkongsian di Facebook. Jadi, sebaiknya kumpul seberapa banyak gambar testimoni dari pelanggan dan siarkan di Facebook, Instagram mahupun blog untuk menaikkan jualan. Contohnya, saya menjual pes segara nasi arab al-Bayt, jadi saya meminta jasa baik pelanggan yang telah mencubanyanya untuk memuat turun gambar masakan mereka di laman Facebook mereka.



Alhamdulillah, berkat teknik ini jualan saya juga meningkat. Setiap minggu saya berjaya menjual 50 kotak pes nasi arab ini.

Setakat ini sahaja perkongsian dari saya. Semoga dapat memberi ilham kepada para peniaga "online" dan jangan lupa untuk cuba praktikkan tips tersebut. Bagi mereka yang ingin mendaftar dan menjadi salah seorang dari kumpulan Pengurus Online produk ABDR, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali. Ikuti blog ini dengan email dengan mengisi alamat email kalian di bahagian atas blog ini. Terima kasih.

Monday, May 19, 2014

Kenapa Saya Suka Berniaga Online


Kenapa saya suka berniaga online (diambil dari "wall facebook Zaila Mohamad)

1) Saya tak payah nak keluarkan duit untuk sewa kedai fizikal atau sewa mana-mana premis. Tapi saya kena keluarkan juga modal untuk bayaran internet. Setakat ini saya hanya mengeluarkan modal sebanyak RM98 untuk modal broadband Maxis saya. Saya pernah sewa booth di Subang Parade dahulu sebanyak RM75 untuk 2 hari dan ternyata ianya tidak memberikan keuntungan yang 
maksima untuk jualan produk saya.

2) Saya mempunyai peluang mendapat tempahan dari serata Malaysia (malah luar negara pun ada) berbanding dengan jualan offline yang hanya terhad kepada satu tempat sahaja.

3) Selalunya pelanggan membayar dahulu semua produk sebelum saya membuat penghantaran, berbanding dengan menyuruh / meminta orang menjual produk saya. Kalau bernasib baik dapatlah cepat bayarannya, kalau paling tidak bernasib baik apabila barang habis tapi duit niaga tidak dapat. Acaner tu?

4) Saya hanya memerlukan gambar sahaja untuk permulaan berniaga online. Tapi sudah tentulah gambar yang diletakkan di dalam blog mahupun laman web. Berbanding kedai fizikal, selain dari produk, saya perlu menyediakan pelbagai lagi perkara yang lain seperti rak jualan, mesin kira, dan juga beberapa perkara lain yang memudahkan kerja saya dan pelanggan.

5) Saya juga mempunyai ramai kenalan dan ejen secara online yang secara tak langsung melakukan promosi barangan saya secara online juga. Berbanding offline, promosi lebih tertumpu kepada pengedaran fliers, banner untuk mempromosikan kedai fizikal saya.

Ok lah, setakat itu sahaja kelebihan berniaga online. Itu hanya disenaraikan kelebihan, jangan ingat tidak ada kelemahan juga tapi bagi saya, saya selesa berniaga online.




Bagi yang mahu bermula, saya cadangkan supaya menyertai kelas online asas blog & fanpage (kelas bisnes) di bawah bimbingan saya. Jika berminat untuk menjadi rakan pasukan Pengurus Online (PO) Produk Akademi Bekerja Di Rumah, boleh ambil pakej Rakan Niaga yang kami sediakan. Boleh klik di sini (Pakej Rakan Niaga) untuk maklumat.

Insya Allah saya akan bimbing kalian untuk belajar bagaimana mengutip wang dengan hasil berbisnes di internet. Komisen harian bermula daris erendah RM10 hingga RM100. Sudah ramai yang berjaya mendapatkan pendapatan harian sebanyak RM100 sehari. Semuanya hanya menggunakan blog dan fanpage sahaja. Cuma satu syarat yang saya tetapkan adalah kalian juga harus berusaha kuat sama (atau lebih) dari saya. Jangan ingat hanya bayar modal sebanyak RM200 dalam masa sehari sudah balik modal. Perjalanan ini tidak semudah yang disangka akan tetapi bagi yang rajin berusaha dan mahu berubah, insya Allah jalan yang panjang akan menjadi singkat.

Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

Thursday, May 15, 2014

Mula Bisnes Tanpa Modal : Bina Rangkaian Dengan Akademi Bekerja Dari Rumah


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi Pn Azura Abdullah dari laman www.azuraabdullah.com

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan sebuah artikel daripada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita edisi Mei 2014 yang bertajuk "Mula Tanpa Modal". Boleh baca sendiri gambar petikan dari majalah Mingguan Wanita yang dikongsikan oleh Pn. Azura Abdullah di laman facebooknya.

Di dalam artikel ini, saya juga ada menyumbangkan pendapat mengenai pentingnya membina rangkaian dahulu sebelum memulakan sesuatu bisnes dengan modal yang besar. Saya pernah mengalami kesilapan ini dahulu di mana beberapa tahun yang lepas semasa saya masih bekerja, saya telah membelanjakan banyak wang untuk bisnes tudung. Pada masa itu, saya hanya berniaga seorang diri. Bayangkan betapa penatnya berniaga di waktu itu. Pulang dari pejabat masuk pula pejabat SOHO di rumah. Kadang-kadang tidur dalam pukul 2 pagi menyiapkan blog dan membuat pemasaran produk. Alhamdulillah, walaupun penat tetapi saya berasa puas apabila ada pelanggan yang membeli melalui blog.

Selepas satu masa, saya mula menjual di bazar dan pada majlis-majlis besar seperti Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada tahun 2009 dan juga beberapa siri i Love Bazaar di Subang Parade. Saya juga pernah menyewa gerai jualan di pasaraya Summit pada bulan Ramadhan 2010 tetapi sambutan memang agak tidak memberangsangkan di situ. Di tambah pula dengan pelbagai masalah seperti ditipu oleh penganjur, masalah pekerja dan beberapa masalah lain membuatkan saya pernah berputus asa untuk kembali berniaga. Lambakan stok memenuhi bilik di rumah saya. Niat di hati mahu sedekahkan aje kepada yang memerlukan tetapi masih belum mampu untuk melakukannya kerana kesibukan tugas harian menguruskan anak-anak. Akhirnya, perniagaan tudung dan kain saya berkubur begitu sahaja.

Tahun 2012 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kali ini saya memang nekad untuk terus berada di rumah bersama anak-anak. Alhamdulillah, Allah melorongkan saya bersama dengan Puan Masayu Ahmad. Pada mulanya beliau menawarkan saya untuk menyertai kumpulan dropship yang menjual pelbagai produk makanan sunnah. Dari sini, baru saya tahu betapa mudahnya mengutip duit tanpa perlu mengeluarkan modal walau sesen pun. Tugas saya hanya menjalankan promosi produk dan memberi maklumat mengenai produk di laman blog dan facebook saya. Alhamdulillah, ramai yang membeli dengan saya dan apa yang saya suka ialah saya tidak lagi mengalami masalah lambakan produk yang tidak habis dijual. Semuanya diuruskan oleh pasukan jualan puan Masayu sahaja.

Selepas bersalin anak ke 4 perjalanan saya diteruskan lagi dengan menjadi guru online bagi Akademi Bekerja Dari Rumah. Satu profesion yang saya sendiri tidak terduga untuk menceburinya. Tidak disangka-sangka minat dan pengalaman yang saya ada dalam menguruskan blog bisnes telah membuatkan saya menggalas satu tanggungjawab yang besar iaitu melatih mereka yang baru mula mahu bertatih di dalam bidang perniagaan online tanpa perlu menghabiskan modal yang besar. Dari situ saya melihat rakan kenalan saya di facebook semakin bertambah dari hari ke sehari. Alhamdulillah, tiada kata yang mampu saya lafazkan melainkan syukur pada Allah kerana sekarang ini rangkaian kenalan saya sudah bertambah dan saya sudah mempunyai pasukan pengurus jualan untuk produk saya sendiri. Ini lah yang sepatutnya saya buat dari dulu lagi tetapi apakan daya dulu saya tidak banyak ilmu dan hanya bergerak seorang diri.

Kini, adalah menjadi tugas saya untuk menyambung amanah yang telah diberikan oleh Puan Masayu iaitu untuk membimbing lebih ramai lagi surirumah mahupun suri bekerja yang ingin berhenti kerja dan memulakan kerja dari rumah. Insya Allah, berkat kesungguhan dan semangat untuk berubah, kalian boleh realisasikan impian ini.

Berminat untuk menyertai rangkaian keluarga besar Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), boleh daftar mana-mana kelas yang ada di bawah ini :

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas beriklan Mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Pendaftaran pengurus online
7. Kelas akaun online/offline
8. Kelas jualan telekung solat borong
9. Beriklan dengan kami di SOHO Directory dengan pautan 700 blog

Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu kembali.

Wednesday, May 14, 2014

Kuasa Fokus

Teks : Zaila Mohamad

Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Maaf sekiranya sudah lama tidak menulis di sini. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan perniagaan yang baru aje saya ceburi iaitu menjadi pengedar pes segera nasi arab Al-Bayt. Alhamdulillah, sambutan juga sangat menggalakkan di mana saya telah menjual melebihi 130 kotak dalam masa tak sampai 2 bulan. Bagi saya ianya merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan memandangkan ini adalah percubaan pertama untuk menjual produk makanan secara konsisten.

Ramai yang bertanya bagaimana saya melakukannya? Bukankah saya sudah selesa dengan menjadi sebagai guru online dan mengajar pelajar membina blog. Sebenarnya, terus terang saya katakan bahawa saya seorang yang tamak. Setelah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM1,000.00 sebulan, saya rasa saya mampu untuk capai lebih dari itu pula. Tapi, saya harus gandakan usaha saya dengan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan saya.


Berdasarkan pengalaman saya yang sudah lima tahun berniaga online, tidak salah untuk mencuba pelbagai jenis perniagaan samaada menjadi ejen dropship, menjual secara offline ataupun mahu menjadi pengedar produk MLM, asalkan ianya mendatangkan keuntungan dan kepuasan kepada diri kita. Apabila sudah memasuk trek (jualan yang konsisten dari produk tersebut) maka, lakukannya secara fokus. Insya Allah, memang akan berjaya!


Mula-mula letakkan sasaran bulanan dan kemudian pecah-pecahkan kepada sasaran yang lebih kecil iaitu kepada mingguan. Cara ini saya belajar dari salah seorang pengurus online saya iaitu Puan Rahayu Rashid yang menceritakannya di dalam entri yang ini : Tips Kekalkan Momentum WAHM : Buat Target Bulanan

Terus terang saya katakan, saya memerlukan banyak duit untuk dibelanjakan pada bulan puasa ini. Niat di hati tidak mahu menyusahkan suami kerana suami sendiri sudah ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan seperti membayar cukai kenderaan kereta Estima, membayar kos bersalin anak ke 5, menyediakan persiapan hari raya untuk sekeluarga dan sudah tentu ianya akan memakan belanja yang besar. Oleh itu, saya gunakan kuasa fokus saya untuk menjual lebih banyak produk fizikal bagi menambah pendapatan bulanan saya. Alhamdulillah, nampaknya ianya berkesan!

Jika saya boleh buat, sudah tentu kalian juga sama. Yang penting kena sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa. Adat berniaga memang tidak akan dapat lari dari masalah seperti kekurangan stok dan masalah kepenatan. Tapi anggap ianya sebagai cabaran kepada kita untuk berusaha dengan lebih kuat lagi. Insya Allah, lama-kelamaan akan nampak hasilnya.

Bagi yang mahu bermula seperti saya, bermulalah dengan blog. Gunakan kuasa pemasaran internet untuk meluaskan produk jualan kalian. Saya cukup-cukup bersyukur kerana zaman ini semuanya telah dipermudahkan. Jika dahulu, ramai peniaga terpaksa menyewa kedai fizikal mahupun tapak pasar malam untuk menjual barangan tetapi sekarang ini sudah tidak perlu lagi. Hanya berbekalkan sebuah blog, fanpage dan medium pengiklanan seperti laman Mudah.my, atau SOHO Directory, kita sudah boleh memasarkan produk ke seluruh Malaysia dan juga pasaran antarabangsa. Insya Allah, segalanya mungkin!

Jangan lupa untuk menyertai kelas asas bina blog & fanpage bisnes dengan saya. Kalian juga boleh beriklan di laman SOHO Directory. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi.

Monday, May 5, 2014

Kenapa Mahu Berhenti Kerja?

Teks : Zaila Mohamad
Imej : carian google

Assalamualaikum,

Saya ingin kongsikan satu email yang saya terima beberapa minggu yang lepas berbunyi :

Utk pengetahuan... sy mempunyai masalah di tempat kerja (stress) kerja terlampau banyak, 
ank ank saya terabai. Baru-baru nie keputusan peperiksaan dah keluar..
amat memeranjatkan saya.. keputusan sangat mengecewakan ..

Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti, jadi sebelum berhenti cuba mencari sesuatu yang mungkin 
boleh menjana pendapatan dlm menampung perbelanjaan suami..


Skrg nie saya buat bisnes offline (produk supplement) iaitu di tempat kerja saya.
ada juga war-warkan dekat fb tp sambutan kurang menggalakan. 
Byk info dari blog-blog ..tp saya sendiri tak ada blog...ruginyaaaaaa

Jadi sy ambil keputusan nak belajar buat blog.

Sy harap, Zaila dapat bantu sy bina blog sendiri.

Sy nekad nak mula balik dari zero, jd nak joint akedemi WAHM


Alhamdulillah, pengirim email tersebut iaitu Pn Hasliza sudah pun menjadi salah seorang pelajar dan penurus online pasukan saya. Berikut adalah entri pengenalan daripada Pn. Hasliza ;-

Teks: Hasliza Abu Hassan

Setelah 5 tahun bekerja makan gaji, keinginan untuk menjadi suri rumah begitu tinggi. Pada awalnya suami tidak mengizinkan kerana faktor kewangan. Jadi saya mengambil inisiatif memiliki sesuatu kemahiran yang boleh menjana pendapatan seterusnya membantu keluarga. Saya telah menghadiri beberapa kelas seperti kelas masakan dan jahitan. Begitu juga saya pernah menjadi agen menjual produk makanan seperti biskut raya dan coklat. Namun sambutan kurang menggalakan. Saya mencari punca kegagalan saya iaitu gagal dalam pengurusan masa.

Pada tahun 2012 semua anak-anak telah bersekolah, jadi saya tidak mampu membahagikan masa saya bersama suami, anak-anak, beribadat, pekerjaan dan juga kerja sambilan. Keadaan menjadi tunggang langgang dan saya mengalami masalah tekanan yang amat sangat. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa untuk beribadat dan juga keluarga. Disamping itu juga dapat meneruskan bisnes "online".

Pada April 2014, surat perletakkan jawatan sudah diserahkan. Dalam pemikiran saya berlegar-legar, apa yang perlu saya lakukan setelah berhenti. Dengan izin Allah, saya dipertemukan dengan Puan Zaila di alam siber semasa mencari-cari ilmu berkaitan bekerja dari rumah. Tanpa membuang masa dan atas dorongan kuat dari suami, saya mendaftar menjadi ahli "Akademi WAHM". Moga-moga pertemuan yang diaturkan oleh Allah s.w.t ini akan membuka jalan dan ruang untuk saya menjana pendapatan dari rumah.
Akhir sekali, niat saya adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah berkaitan dalam bidang saya. Mudah-mudahan apa yang bakal dikongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Diharap Allah Taala memberi ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak.


Saya rasa tindakan Pn Hasliza yang berani untuk melepaskan jawatannya adalah satu sikap yang patut dipuji. Keinginan untuk lebih bersama dengan anak-anak membuatkan Pn Hasliza membuat rujukan tentang peluang untuk bekerja di rumah. Alhamdulillah juga kerana Allah menemukan kami di dalam dunia online (mula-mula kami hanya berutus email sahaja) sehinggalah dibukakan pintu hati Pn Hasliza untuk menyertai kelas online di bawah bimbingan saya. Insya Allah saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar melalui segala ilmu dan pengalaman yang saya ada.

Setiap yang besar harus bermula dari yang kecil. Begitulah lumrah hidup ini, harus kosongkan gelas sebelum masuk menuntut ilmu. Insya Allah saya sentiasa doakan mereka yang mengikuti kelas online saya akan terus berjaya dan tidak akan berhenti berlari dari mengejar ilmu.

Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar kelas asas blog & fanpage (mula bisnes) boleh mendaftarkan diri ke kelas online di bawah bimbingan saya. Hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
SMS / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi.

Sunday, May 4, 2014

Mudahnya Berniaga Dengan Blog

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum,

Bertemu kembali. Tahukah kalian bahawa blog merupakan salah satu medium untuk pengiklanan produk yang paling berkesan sekali selain daripada laman web. Apakah yang membezakan blog dan sebuah laman web? Laman web selalunya memerlukan domain dan hosting sendiri di mana setiap dari pengguna atau empunya laman web perlu mengetahui cara-cara untuk menyelenggara sebuah laman web. Ini boleh dilakukan dengan membeli mana-mana domain yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang menjual perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan membina web juga banyak disediakan tetapi ianya bukanlah semurah yang disangka, harga bermula dari RM500 ke atas bergantung kepada jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagi mereka yang baru mahu bermula, sudah tentulah modal merupakan perkara utama yang menjadi halangan. Sudahlah modal yang perlu dikeluarkan agak besar, kena pula belajar cara-cara untuk menguruskannya. Bertambahlah memeningkan kepala bukan?

Sebab itu saya selalu mencadangkan kepada pelajar saya untuk belajar buat blog dan meminimumkan kos selagi mungkin. Blog sekarang merupakan medium untuk memperkenalkan diri dan produk jualan kepada masyarakat Malaysia dan dunia juga. Blog menggunakan domain blogspot dan ianya adalah percuma dan sangat mesra pengguna. Saya sendiri sudah menggunakan khidmat blog dalam berniaga selama hampir 5 tahun dan setakat ini saya sungguh berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh blogger.com.

Selain itu, blog juga adalah mesra enjin carian seperti google, yahoo, bing dan internet explorer. Rata-rata carian akan menyenaraikan blog atau laman web yang selalu dikunjungi dan mesra dengan carian. Apabila blog kita sudah tersenarai di dalam carian Google, maka lebih mudah untuk pelanggan menjejaki produk kalian. Berikut adalah contoh gambar-gambar "print screen" yang dihantar oleh pelajar kelas asas blog & fanpage kepada saya untuk dikongsikan bersama :





Mereka adalah pelajar kelas asas blog & fanpage yang masih baru lagi dalam dunia blog. Insya Allah, jika kena caranya, kita tidak perlu untuk mengeluarkan modal yang besar pun untuk belajar membuat blog.

Bagi mereka yang mempunyai produk tetapi tidak mempunyai masa untuk belajar, boleh dapatkan khidmat daripada saya iaitu khidmat upah membina / membuat blog bisnes. Berikut adalah maklumat yang akan disiapkan oleh saya. Dalam masa tak sampai seminggu, kalian bakal memperolehi sebuah blog yang berfunsi sebagai tapak iklan produk kalian di dalam internet. Nak raya ni, boleh tempah blog untuk mempromosikan produk kalian juga. Insya Allah, saya dan warga kerja ABDR sedia untuk mempromosikan produk kalian juga.


Jangan lupa untuk menghubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / Whats App : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...